Rajin bertanya sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Cara membaca yang betul.Menggaris, Membezakan isi-isi penting, Meneliti rajah-rajah, Membuat nota-nota dari bacaan anda.
BERITA TERKINI
NAIB JOHAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKATKEBANGSAAN TAHUN 2004
KUALA LUMPUR ,17 APRIL 2004. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam berjaya mengharumkan nama Melaka apabila dipilih sebagai Naib Johan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Majlis Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat dan turut disertai Pengarah Pendidikan Melaka, Dr. salleh Hassan serta pengarah-pengarah pendidikan Negeri.Sekolah Kebangsaan menerima wang tunai RM 4000 ,Piala Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang dan sijil
LAWATAN PROGRAM SANDARAN MAJLIS GURU BESAR KELANTAN KE SEK. KEB. BATU BERENDAM
Batu Berendam, 7 Oktober 2004 Seramai 45 orang dari Majlis Guru Besar Kelantan membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka.Tujuan lawatan, ialah ingin mengeratkan perhubungan siratulrahim antara MGB Melaka dengan MGB Johor Bahru seterusnya ingin melihat sistem pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan yang berkesan di sekolah ini .
ANUGERAH SEKOLAH 4 BINTANG KEPADA SEK. KEB. BATU BERENDAM
Melaka, 3 Nov. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam telah berjaya mendapat Anugerah Sekolah 4 Bintang. Hadiah kemenangan telah disempurnakan olehPengarah Pendidikan Negeri Melaka Haji. Sairi Bin Haji Tahir. Anugerah iniSekolah Kebangsaan Batu Berendam menerima sejumlah RM 10.000 dalam dalam bentuk pembangunan.
LAWATAN KETUA MENTERI KE SEKOLAH KEB. BATU BERENDAM, MELAKA.
Melaka, Batu Berendam 27 Feb. 2003. Ketua Menteri Melaka. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka. Tujuan lawatan ialah, merasmikan Makmal Komputer dan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Warga SKBB mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka.
Paparan terbaik: 1024 x 768 px
S. K. Batu Berendam Melaka KM 7.2, Batu Berendam, 75350, Melaka (MBA 2016)
NAIB JOHAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKATKEBANGSAAN TAHUN 2004
KUALA LUMPUR ,17 APRIL 2004. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam berjaya mengharumkan nama Melaka apabila dipilih sebagai Naib Johan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Majlis Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat dan turut disertai Pengarah Pendidikan Melaka, Dr. salleh Hassan serta pengarah-pengarah pendidikan Negeri.Sekolah Kebangsaan menerima wang tunai RM 4000 ,Piala Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang dan sijil
LAWATAN PROGRAM SANDARAN MAJLIS GURU BESAR KELANTAN KE SEK. KEB. BATU BERENDAM
Batu Berendam, 7 Oktober 2004 Seramai 45 orang dari Majlis Guru Besar Kelantan membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka.Tujuan lawatan, ialah ingin mengeratkan perhubungan siratulrahim antara MGB Melaka dengan MGB Johor Bahru seterusnya ingin melihat sistem pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan yang berkesan di sekolah ini .
ANUGERAH SEKOLAH 4 BINTANG KEPADA SEK. KEB. BATU BERENDAM
Melaka, 3 Nov. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam telah berjaya mendapat Anugerah Sekolah 4 Bintang. Hadiah kemenangan telah disempurnakan olehPengarah Pendidikan Negeri Melaka Haji. Sairi Bin Haji Tahir. Anugerah iniSekolah Kebangsaan Batu Berendam menerima sejumlah RM 10.000 dalam dalam bentuk pembangunan.
LAWATAN KETUA MENTERI KE SEKOLAH KEB. BATU BERENDAM, MELAKA.
Melaka, Batu Berendam 27 Feb. 2003. Ketua Menteri Melaka. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka. Tujuan lawatan ialah, merasmikan Makmal Komputer dan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Warga SKBB mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka
BERITA TERKINI
PELANCARAN HOTSPOT DAN LAMAN WEB SEKOLAH
Bertarikh 30 Jun 2005, Khamis bersempena hari terbuka, sekolah ini turut mengadakan majlis pelancaran hotspot dan laman web Sekolah.
Hotspot atau dikenali wireless merupakan teknologi internet tanpa wayar. Pembinaan laman web sekolah pula merupakan satu era baru yang diterajui oleh sekolah ini seiring dengan kepesatan dunia IT dan tidak ketinggalan.
Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Hanafi Mohd Ali. Di samping majlis pelancaran, majlis hari itu juga dilengkapi dengan pameran-pameran berkenaan teknologi baru dan juga pameran komputer.
Majlis bermula pada jam 10 pagi dimana para ibu bapa dan semua warga sekolah berkumpul di dewan tempat berlakunya majlis pelancaran. Semua warga sekolah ini terlibat secara langsung dalam majlis ini. Majlis ini dengan kerjasama Pegawai Pelajaran Daerah, PIBG, Guru-guru Besar Daerah, Guru-guru, EthnicNet dan masyarakat setempat.
Setelah perasmian dilancarkan, para tetamu dijemput melawat tapak pameran. Bermula dengan kaunter web, teknologi mimio, internet telefon, streamyx dan juga kaunter pameran komputer.
Di kaunter web, tetamu dikenalkan dengan web sekolah dan juga web komuniti sekolah-sekolah johor. Di bahagian web, angtara aktiviti yang dilakukan ialah tetamu disarankan memasuki ruangan forum sebagai tempat untuk para ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak sekolah. Kaunter mimio pula memperkenalkan teknologi baru yang memudahkan kaedah PNP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Mimio merupakan teknologi yang lebih menjurus kepada pengaplikasian papan tulis bagi menggantikan pembelajaran daripada komputer dan monitor.
Majlis ini tamat sekitar jam 1.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya hotspot dan laman web ini, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-4
Pada 15 Mei 2005 (Ahad), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-4 yang diadakan di dewan terbuka Sekolah bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.
Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.
Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa bahru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.
Selain mengadakan Mesyuarat Agong PIBG, Sekolah juga telah mengadakan majlis perasmian rumah hijau yang ditaja oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Syed Saruat iaitu wakil Dewan Perniagaan Melayu Negeri.
Pondok rumah hijau telah dibina pada pertengahan tahun 2004. Pondok yang didirikan berdekatan dengan kantin sekolah dibina untuk kemudahan warga Sekolah seperti menghias pentas dan sebagainya.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia