skbb.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM
KM 7.2 BATU BERENDAM MELAKA, 75350 Melaka Tengah, Melaka. Tel : 063171496, Faks :
e-mel : skbb@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | APA SAJA |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan sekolah lama

Bangunan Sekolah Baru

                  Sekolah Kebangsaan Batu Berendam telah diasaskan pada tahun 1900  oleh kerajaan British dengan menggunakan nama Sekolah Melayu Batu Berendam Pembinaan sekolah ini adalah atas inisiatif masyarakat kampung. Sekolah ditadbirkan oleh Guru Besar yang pertama iaitu Cikgu Jonid bin Abu.

Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu mengandungi 4 bilik darjah serta murid seramai 25 orang. Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan menggantikan bangunan yang sedia ada. Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini juga mengandungi 4 bilik darjah dengan saiz yang lebih besar (2 tingkat) Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1994 bukan sebab keuzuran tetapi tapak kawasan ini digunakan untuk pembinaan bangunan baru.


Jumlah murid yang semakin bertambah setiap tahun mendorong kerajaan membina sebuah bangunan 2 tingkat dengan belanja RM 58,000. Bangunan ini siap digunakan dalam tahun 1972 yang pada ketika itu menempatkan sebuah Bilik Guru, Pejabat Sekolah, 3 Bilik Darjah serta tandas dan satu ruang  kecil yang telah diubah suai menjadi bilik Sumber tiga bilik darjah



Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Perkembangan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam tidak terhenti setakat itu. Sebaliknya pada tahun 1991 dan 1992, sekolah telah mendapat peruntukan dari Kerajaan sebanyak RM 75,000 bagi membina 2 blok bilik darjah di bawah projek 'gotong- royong'. Kedua – dua blok ini kini dikenali sebagai Blok D dan E dan khusus menempatkan kelas Tahap 1. Meskipun hanya proiek gotong- royong, tetapi ia dilengkapi dengan kemudahan infrasuktur.

Seterusnya pada tahun 1983, kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan 3 tingkat (kini disebut Blok C) yang mengandungi 8 buah bilik
darjah, perpustakaan, bilik APD, stor dan tandas serta sebuah kantin.

Disebabkan pembangunan infrastruktur di kawasan Batu Berendam semakin pesat menyebabkan berlakunya kebanjiran murid, pihak sekolah terpaksa mengadakan 2 waktu sessi persekolahan yang dimulakan pada tahun 1993. Ketidakselesaan murid- murid mengikuti pelajaran, telah mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan seterusnya meluluskan peruntukan membina bangunan tambahan 4 tingkat yang terdiri dari 10 buah bilik darjah serta pejabat sekolah.Untuk itu kerajaan telah membelanjakan sebanyakRM 478, 000 bagi menyiap dan melengkap bangunan ini. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya mulai 20 Jun 1994.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: