Assalammualaikum warahmatullah
wabarakatuh dan salam sejahtera.
Satu usaha berterusan yang sangat bermakna untuk tatapan
dan ingatan sejarah yang telah dicapai sepanjang penubuhan
sekolah ini.
Dengan gabungan usaha guru-guru SKBB dan bantuan dari pelajar-pelajar
KUTKM maka dapatlah melahirkan laman web SKB yang baru ini.
Selain kelahiran majalah rasmi sekolah iaitu "Perintis"
akan mendokumentasikan segala kejayaan dan aktiviti sekolah
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan program tahunan sekolah
sepanjang tahun.
Dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ilmu
pendidikan sentiasa berubah, canggih dan mencabar pencapaian
cemerlang dan berkualiti dalam semua bidang sudah menjadi
matlamat dan harapan sekolah dan ibu bapa Justeru, untuk merealisasikannya
semua murid, pendidik dan ibu bapa hendaklah sentiasa memberi
perhatian yang serius dan kerjasama yang jitu bagi mencapai
kejayaan.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi semoga laman web sekolah
ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak supaya murid
yang berilmu, kreatif dan produktif dapat dilahirkan.
Sekian, selamat maju
jaya.